Tuesday, 31 January 2012

Kata - kata Motivasi Tentang Kemaafan..

Salam..






1. Maafkan, lupakan dan anggap tiada berlaku apa-apa.
2. Kemaafan gunanya untuk mencuci hati, hati yang bersih, senang untuk hadir motivasi.
3. Anda susah untuk bermotivasi & susah untuk merasa gembira kerana hati anda masih ada kekotoran-kekotoran halus yang selama ini anda tidak sedari.
4. Kekotoran ini datang dari sikap negatif iaitu dendam, marah dan geram.
5. Orang yang cepat marah & suka marah adalah orang yang sukar untuk jadi bermotivasi. Motivasinya ada, tapi sekejap saja.
6. Orang yang cool, yang pemaaf & yang sentiasa bersangka baik, sentiasa merasa bermotivasi. Sebab, hatinya bersih. Hati bersih senang untuk disinari Nur.






7. Nur ini samalah dengan energi positif yang dijana dari emosi positif  seperti bersemangat, ceria, rasa cinta dan rasa kekitaan. Semua rasa ini senang terbina apabila hati anda bersih.
8. Sebelum tidur, maafkan kesalahan-kesalahan yang orang lakukan pada anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun pada esok paginya, rasa lain macam. Rasa bersemangat!
9. Tiap kali anda marahkan seseorang, setiap kali anda marah pada sesuatu situasi, ucapkan ISTIGHFAR.
10. Mohon ampun kepada ALLAH SWT. Rasa memohon ampun & rasa mahu meminta maaf dari ALLAH SWT dapat mencuci rasa ego yang cuba menguasai anda.
11. Anda susah untuk memberi maaf & meminta maaf kerana ego anda masih ada, buat penilaian semula pada isi hati anda.

- Bagaimana anda selama ini ?
- Sukarkah anda untuk memaafkan seseorang ?
- Beratkah anda untuk memaafkan kesalahan orang lain ?


  • Jika YA, anda sebenarnya berisiko untuk jadi orang tidak ada motivasi.
  • Jika TIDAK, syabas ! anda akan sentiasa bermotivasi.
  • Anda akan senang merasa gembira, bahagia, terhibur dan seronok menjalani hidup.
- TUJU KHAS UNTUK DIRI SENDIRI :) 


- sumber internet.

No comments:

Post a Comment