Monday, 6 August 2012

Harimu adalah harimu..

Salam..

Hari ini :-


1 . Harus menunaikan solat dengan khusyuk.

2 . Membaca Al-Quran dengan penuh renungan.

3 . Berzikir dengan hati yang hadir.

4 . Meletakkan segala perkara pada tempatnya.

5 . Melangkah dengan akhlak yang baik.

6 . Rela atas rezeki yang telah dibahagikan.

7 . Memerhatikan penampilan dan kesihatan badan.

8 . Memberi manfaat bagi orang lain.

9 . Melakukan banyak kebajikan.

10. Memberikan yang terbaik sambil memohon keampunan diatas dosa-dosa.

11. Sentiasa mengingati ALLAH SWT.

12. Sentiasa bersiap sedia untuk mengadap ALLAH SWT.

- Nescaya kamu akan hidup di hari ini dalam keadaan senang dan gembira , selamat dan sentosa.

- Dan kamu akan hidup di hari ini tanpa kesedihan, tanpa kejutan, kemarahan, dendam dan dengki.

- Sesungguhnya kewajipanmu adalah menulis di atas lembaran hatimu dan di atas mejamu satu ungkapan yang menyatakan , " Harimu adalah harimu. "

Saturday, 4 August 2012

Tindakan Pelajar Cemerlang..

Salam..


1 . Bangun awal pagi untuk solat subuh.


2 . Persiapan awal dengan membawa buku  teks sebelum kuliah.

3 . Bersiap sedia untuk ke kuliah.


4 . Paling awal sampai ke dewan kuliah.


5 . Sentiasa memilih tempat duduk di bahagian hadapan atau tengah.


6 . Segera mengemukakan soalan apabila diizinkan.


7 . Orang paling awal menyiapkan assignment atau tugasan.


8 . Paling awal membuat persiapan untuk peperiksaan.


9 . Mendahului orang lain dalam pencapaian peperiksaan.

Takdir cinta - Rossa..

Salam..






Thursday, 19 July 2012

Kata-kata motivasi # 2..

Salam..

        Apa yang kita fikir dan niat akan terjadi. Kita harus sentiasa fokus pada penyelesaian dan lihat dalam diri dan tanya apa kita boleh bantu dan hentikan dari menyalahkan. Kita harus ada world view yang betul. Setiap kali  kita menyalahkan dunia luar, kita jauh dari melihat dunia dalaman kita.. - Prof  Dr Muhaya..


Kata-kata motivasi # 1

Salam..

      Manusia suka menyesal perkara yang lalu,terlalu merancang dan bimbang masa akan datang dan tidak menggunakan masa sekarang sedangkan sekarang waktu yang paling penting dan orang paling penting ialah orang di depan kita dan perkara paling baik ialah buat baik.. - Prof Dr Muhaya..